SEKOLAH

MOTIVASI BELAJAR DAN
KEMAHIRAN BELAJAR

Fokus modul ini ialah untuk menanam rasa minat dan meningkatkan lagi keadah belajar alaf ke-21 yang menekankan akan sikap belajar, teknik belajar, teknik penumpuan subjek, analisa pengurusan diri serta belajar dan panduan amalan-amalan yang boleh mendatangkan kebaikan kepada seorang pelajar. Modul ini akan memandu pelajar memanfaatkan sepenuhnya peluang dan potensi yang ada untuk mencapai keputusan cemerlang di dalam akademik serta kehidupan.

SASARAN :
Pelajar sekolah rendah dan menengah / Pelajar peperiksaan.

PERLAKSANAAN :
Ceramah (1-2 jam), Bengkel (1/2 hari), Seminar (1 hari) dan Kem (2-3 Hari).

MODUL MOTIVASI DAN SEMANGAT BELAJAR :
1. Motivasi belajar dengan GROW.
2. Motivasi belajar dengan KAS.

MODUL KEMAHIRAN DAN TEKNIK BELAJAR :

1. Kemahiran belajar 3R (Register - Retention - Recall).
2. Kemahiran belajar BTS (Brain - Time - Stress).



MOTIVASI PEPERIKSAAN DAN
HALATUJU SELEPAS BELAJAR

Fokus modul ini ialah membakar semangat pelajar supaya terus berjuang bagi mencapai impian dan memberi tips serta panduan menghadapi peperiksaan bagi calon-calon peperiksaan. Selain itu juga, penekanan halatuju selepas peperiksaan juga perlu difahami oleh pelajar  supaya jelas laluan mereka setelah tamat belajar.

SASARAN : 
Pelajar sekolah menengah / Pelajar peperiksaan.

PERLAKSANAAN : 
Ceramah (1-2 jam)Bengkel (1/2 hari) dan Seminar (1 hari).

MODUL PEPERIKSAAN DAN HALATUJU :
1. Formula 4C pecutan akhir (Edisi pelajar peperiksaan).
2. Formula halatuju selepas belajar (Edisi pelajar peperiksaan).
3. Resume dan temuduga.

MODUL KEPIMPINAN PELAJAR 
DAN ORGANISASI

Fokus modul ini ialah untuk menerapkan nilai kepimpinan menerusi falsafah 6P melalui personaliti diri, kepimpinan tokoh-tokoh dahulu dan terkini, pemerkasaan organisasi dan gerak kerja yang berkesan. Modul ini akan memandu peserta menjadi pemimpin yang berwibawa.

SASARAN : 
Pelajar sekolah rendah dan menengah / Pelajar peperiksaan.

PERLAKSANAAN : 
Ceramah (1-2 jam)Bengkel (1/2 hari), Seminar (1 hari) dan Kem (2-3 Hari).

MODUL KEPIMPINAN DAN ORGANISASI :
1. Kursus Kepimpinan Pelajar.
2. Kursus Pemantapan Organisasi.
3. Kursus Kejurulatihan Pembimbing Rakan Sebaya.
4. Kursus Kepimpinan Badan Dakwah Sekolah.
5. Kursus Bicara macam PRO (asas pengucapan awam pemimpin).
6. Kursus 'Branding' dan 'Grooming' kepimpinan pelajar (protokol).


MODUL JATI DIRI DAN 
SAHSIAH (DISIPLIN)

Fokus modul ini ialah untuk membantu golongan remaja mengenali jati diri sebenar yang harus dicapai seterusnya menjadi remaja yang aktif dan mampu memberi sumbangan kepada diri sendiri dan masyarakat. Modul ini akan memandu peserta menerobos sempadan diri menerusi aspek agama dan nilai akhlak yang baik. 

SASARAN : 
Pelajar sekolah rendah dan menengah

PERLAKSANAAN : 
Ceramah (1-2 jam), Bengkel (1/2 hari) dan Seminar (1 hari)

MODUL JATI DIRI DAN SAHSIAH
1. Mendisplinkan Remaja Ke Arah ABC-S (Anak baik lagi cerdik - Soleh).
2. Remaja Excellent (Bina remaja kreatif dan positif).
3. Remaja dan Ketagihan Gajet - Medsos.
4. Remaja dan Masalah Sosial


MODUL MOTIVASI KEAGAMAAN, IBADAH 
DAN AMALI SOLAT

Fokus modul ini ialah untuk menanam rasa ‘SYOK’ terhadap ibadah yang berkonsepkan pendidikan rohani dan pengaplikasian seruan yang ditetapkan sebagai seorang muslim. Modul ini akan memandu peserta mengenal diri rasa bertuhan sekaligus berupaya mencipta kejayaan dunia dan akhirat. 

SASARAN : 
Pelajar sekolah rendah dan menengah

PERLAKSANAAN : 
Ceramah (1-2 jam) dan Bengkel (1/2 hari)

MODUL JATI DIRI, SAHSIAH DAN IBADAH
1. Bengkal rahsia solat (kepentingan solat).
2. Motivasi ibrah peristiwa dalam bulan-bulan Islam.
3. Motivasi bulan Ramadhan.



MODUL MOTIVASI KEIBUBAPAAN DAN
RESTU ILMU

Fokus modul ini ialah perkongsian tentang peranan ibu bapa dalam mendidik anak di alaf baru yang berteraskan generasi kini. Modul ini juga akan menekankan teknik dan juga cara mendidik anak-anak yang kini banyak berubah mengikut zaman dan ianya penting untuk diketahui.

SASARAN :
Ibu bapa / Penjaga

PERLAKSANAAN :
Ceramah (1-2 jam)

MODUL KEIBUBAPAAN :
1. Mendidik anak Ke Arah ABC-S (Anak baik lagi cerdik - Soleh)
2. Gaya mendidik Generasi Z.