MOTIVASI POTENSI DIRI DAN SERONOK BEKERJA (TRANSFORMASI MINDA)
Motivasi
bekerja secara seronok dan berintegriti merupakan elemen penting di dalam
sesebuah organisasi dan ia dapat membantu kualiti perjalanan setiap pekerja.
Motivasi ini juga memberi impak yang baik bagi memastikan objektif organisasi
dapat dicapai dengan berkesan. Suasana di tempat kerja yang harmoni, saling
memahami dan tidak mementingkan diri sendiri serta mempunyai hala tuju yang
sama antara jabatan akan membolehkan objektif keseluruhan organisasi dapat
tercapai dengan lebih mudah.
OBJEKTIF
1. Membantu
pegawai untuk melahirkan sikap dan personaliti diri positif, meningkatkan
integriti dan disiplin, keyakinan diri serta semangat dedikasi ke arah budaya
kerja cemerlang berorganisasi.
2. Merubah
minda dan diri pegawai untuk bersedia membuat dan menerima perubahan sebagai
asas kepada kejayaan organisasi.
3. Membantu
pegawai untuk mengenali kekuatan dan kelemahan diri serta peluang dan cabaran
dalam persekitaran dirinya, khususnya dalam konteks kerja berpasukan.
SASARAN :
Pegawai / Staf / Kakitangan.
PERLAKSANAAN :
Ceramah (1-2 jam), Bengkel (1/2 hari), Seminar (1 hari) dan Kursus (2 hari 1 malam)
MODUL & TAJUK :
1. Seronok bekerja dengan GROW.
2. Seronok bekerja dengan 5S.
3. Seronok bekerja dengan konsep Bruce Tuckman's
4. Integriti dalam bekerja
5. Program Transformasi Minda (PTM)
KOMUNIKASI DAN PENGARUH PEKERJA
Seseorang
individu yang mampu berkomunikasi dengan baik dan berkesan dapat menonjolkan kewibawaan
diri dan organisasinya. Kemahiran komunikasi sangat penting kerana ia memberi
kesan langsung terhadap kepuasan para pelanggan, pihak atasan, pekerja, rakan
dan seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi serta keuntungan organisasinya.
Dalam dunia profesional, kemahiran komunikasi adalah pakej diri yang
mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang individu berjaya dalam menjalankan
urusannya. Dengan memiliki kemahiran komunikasi, seseorang itu akan mampu
‘menjual diri’ iaitu menjual nilai-nilai
positif yang ada di dalam diri mereka.
OBJEKTIF
1. Memahami
kepentingan komunikasi dalam kerjaya dan membina perhubungan profesional.
2. Mengamalkan
laras bahasa dan skrip positif dalam komunikasi berkesan.
3. Mengetahui
dan mengamalkan ciri-ciri dan gaya komunikasi yang efektif.
4. Mengamalkan
teknik NLP dalam komunikasi dan menyedari keperluannya dalam kerjaya.
5. Menyedari
kesilapan-kesilapan dalam komunikasi secara berkesan.
SASARAN :
Pegawai / Staf / Kakitangan.
PERLAKSANAAN :
Ceramah (1-2 jam), Bengkel (1/2 hari), Seminar (1 hari)
Ceramah (1-2 jam), Bengkel (1/2 hari), Seminar (1 hari)
MODUL & TAJUK :
1. Gaya pengaruh Neuro Linguistic Programming (NLP)
2. Kemahiran komunikasi berpengaruh secara VERBAL dan NON-VERBAL
3. Pengucapan awam berkesan dengan konsep 3M
PENGUKUHAN KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN
Kepimpinan
seseorang itu mampu digilap dan dikembangkan bagi melahirkan suatu momentum
kepimpinan yang tinggi. Kepimpinan yang dilahirkan dengan asas yang betul, akan
mencipta dirinya lebih dinamik dan mempunyai daya karismatik. Akhlak kepimpinan
yang baik mampu di terjemahkan menjadi satu tauladan yang boleh dicontohi dan
ianya akan disegani. Semangat kerja berpasukan pula merupakan
salah satu elemen penting bagi memastikan objektif organisasi dapat dicapai
dengan berkesan. Suasana di tempat kerja yang harmoni, saling memahami dan
tidak mementingkan diri sendiri serta mempunyai hala tuju yang sama antara
jabatan akan membolehkan objektif keseluruhan organisasi dapat tercapai dengan
lebih mudah.
OBJEKTIF
1. Memantapkan
lagi gerak kerja berpasukan dan berogranisasi dalam budaya bekerja.
2. Membolehkan peserta berinteraksi, membina
hubungan baik, dan bekerja secara efektif dengan orang lain untuk mencapai
objektif yang sama.
3. Mewujudkan perasaan bertanggungjawab peserta
terhadap keputusan kumpulan.
SASARAN
Pegawai / Staf / Kakitangan.
PERLAKSANAAN :
Ceramah (1-2 jam), Bengkel (1/2 hari), Seminar (1 hari) dan Kursus (2 hari 1 malam)
MODUL & TAJUK :
1. Pengukuhan Personaliti Building
2. Pengukuhan Team Development
3. Perkembangan Team Communication
4. Peningkatan TEAM Effectivenee
5. Pencapaian TEAM UP
PENGURUSAN STRES DAN KESIHATAN MENTAL
Stres
atau tekanan adalah tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap
sebarang perubahan atau tuntutan. Ia bukan penyakit. Namun begitu, jika beban
tekanan adalah tinggi dan berlaku dalam jangkamasa yang panjang, ia boleh
menjejaskan kesihatan. Merupakan tindak balas fizikal dan emosi yang berlaku
apabila kehendak kerja tidak standing dengan kemajuan, sumber atau keperluan
pekerja.
OBJEKTIF
1. Memahami
konsep dan senario stress di dalam organisasi.
2. Menggunakan
stres untuk kepentingan dan kemajuan diri dan organisasi.
3. Merangsang
ke arah keseronokan bekerja tanpa stres.
4. Membentuk
budaya sihat yang positif di dalam organisasi.
5. Memantapkan lagi pengetahuan berkaitan pencegahan dan pengawasan awal kesihatan mental dan penyakit mental.
SASARAN
Pegawai / Staf / Kakitangan.
PERLAKSANAAN :
Ceramah (1-2 jam) dan Bengkel (1/2 hari)
MODUL & TAJUK :
1. Pengurusan tekanan dan konflik
2. Seronok bekerja dengan EUSTRESS
3. Panduan personaliti diri dengan SELF dan DISORDER